POSTMOTERM UPKK 2025

Antara tindakan awal yang saya boleh kongsikan kepada ibubapa yang ada anak calon UPKK pda tahun ini 2025 :-
1. Pastikan anak selesai JAQ ( Jawi , Arab , Quran)
2. Pastikan anak-anak mahir Jawi dengan asas dulu Formula SPS ( Mahir Suku Kata – Mahir Padanan Huruf – Mahir Sambungkan Huruf )
3. Pastikan anak-anak yang sedang mengaji Al Quran khususnya IQRA’ habiskan mengaji awal supaya Ujian Lisan nanti boleh hafal surah.
4. Anak-anak mesti nak kena ada jadual belajar dari awal. Disiplin anak-anak dalam belajar bermula dari jadual belajar. Jangan last minute suruh anak belajar dalam bilik sorang2.
5. Minimumkan ketidakhadiran ke sekolah KAFA. Kebiasaan guru-guru di sekolah akan start awal silibus tahun 5 dan habiskan silibus awal supaya boleh fokus silibus tahun 3 dan 4. Kalau selalu tak datang KAFA nanti banyak tertinggal.
6. Buku persediaan awal UPKK mesti kena ada. Paling cantik kena ada satu Buku Rujukan (Nota Padat) satu Buku latihan (Latihan Topikal).
7. Start belajar awal dengan kukuhkan soalan-soalan asas dulu (contoh hafal rukun iman / islam) kerana asas yang kuat akan memudahkan anak-anak untuk faham topik yang susah.
8. Ibubapa sekiranya tidak mampu jangan jadi pengajar (akan memenatkan ibubapa dan memberi tekanan kepada anak-anak. Mak jadi singa Si Ayah pula jadi mangsa keadaan tersakiti).
Cara paling bagus ibubapa jadi Coach kepada anak-anak. Tugas Coaching adalah menyoal apa yang dia dah belajar , apa masalah yang dia perlu selesaikan. Tugas ini sangat penting untuk anak sentiasa beringat untuk fokus kepada belajar. Biar tugas mengajar silibus ini serah pada guru di sekolah atau guru di pusat tuisyen.
9. Masalah utama anak-anak KAFA ini adalah mindset bermain di sekolah dan sikap malas anak bukan tak faham belajar tapi tak fokus dalam kelas menyebabkan info yang dia perlu tahu dia terlepas. Buktinya dalam Tiktok Gerak Gempur Murid UPKK – GGMU dalam satu malam mereka boleh faham belajar? Eh satu tahun buat apa dalam kelas KAFA ??
10. Ini adalah paling penting sekali, Kenali dulu Ustaz Zul dan follow tiktok Gerak Gempur Murid UPKK – GGMU . Insyallah mudah mudahan ada manfaatnya 🤣
Sekian perkongsian daripada saya,
Penceramah #upkk Jelajah Sekolah
Pengasas Tuisyen Online UPKK

